Sejarah Tibet Airlines

Syarikat Penerbangan Tibet Airlines telah diluluskan oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China pada Bulan Mac 2010. [2] Pada asalnya ia menempah tiga pesawat Airbus A319, [3] menerima pesawat pertamanya pada Tarikh 2 Julai 2011.

Syarikat penerbangan itu memulakan laluan sulung dari Lapangan Terbang Lhasa Gonggar ke Lapangan Terbang Ngari Gunsa pada Tarikh 26 Julai 2011 dan memulakan penerbangan ke Beijing dan Shanghai pada akhir tahun itu. Syarikat penerbangan itu juga mengumumkan rancangan untuk memulakan penerbangan terus ke Benua Eropah menjelang Tahun 2016. [4] Pada Februari 2011, The Times of India melaporkan bahawa syarikat penerbangan itu berminat untuk memulakan operasi di India dan negara-negara lain di Wilayah Asia Selatan dan Wilayah Asia Tenggara. [5]

Penerbangan antarabangsa pertama Syarikat Penerbangan Tibet Airlines dilancarkan pada Tarikh 1 Julai 2016, menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu Shuangliu dan Lapangan Terbang Samui di Negara Thai. [6] Pada Bulan September 2016, syarikat penerbangan tersebut mengesahkan bahawa mereka telah mendapat kebenaran untuk melancarkan perkhidmatan ke resort Laut Hitam Sochi dari Sanya melalui Chengdu, bermula Tahun 2017. [7]

Pada Tarikh 8 Januari 2019, pengendali lapangan terbang Finland, Finavia mengumumkan bahawa Syarikat Penerbangan Tibet Airlines akan membuka laluan baharu antara Jinan, Wilayah Shandong dan Helsinki, Finland pada Bulan April 2019. Laluan ini akan dikendalikan sebanyak dua kali seminggu dengan pesawat siri Airbus A330 . [8]

Rujukan

WikiPedia: Tibet Airlines http://english.peopledaily.com.cn/90001/90776/9088... http://english.peopledaily.com.cn/90001/90776/9088... http://www.tibetairlines.com.cn http://www.tibetairlines.com.cn/tibetair/pages/fro... http://www.airbus.com/presscentre/pressreleases/pr... http://news.carnoc.com/list/392/392343.html http://www.ch-aviation.com/portal/news/52606-haina... http://www.chinaaviationdaily.com/news/60/60847.ht... http://www.flightglobal.com/articles/2010/08/19/34... http://timesofindia.indiatimes.com/world/china/Tib...